SEJARAH PAINTBALL
Paintball pertama telah dihasilkan oleh Syarikat Cat Nelson pada tahun 1950untuk tujuan penandaan pokok dari jarak jauh. Permainan paintball pertama telah dimainkan oleh dua sahabat didalam hutan Henniker, New Hampshire dan seterusnya ianya dijadikan satu permainan sukan.
Seramai 12 pemain telah memulakan sejarah permainan paintball pada 27 Jun 1981 dengan menggunakan pistol NelSpot 007.
Mereka ialah Bob Jones, RonnieSimpkins, Jerome Gary, Carl Sandquist, Ritchie White, Ken Barrett, Joe Drinon,Bob Carlson, Lionel Atwill,
Charles Gaines, Bob Gurnsey dan Hayes Noel.
Permainan mendapatkan bendera atau Survival ini telah diadakan dikawasan berkayu dengan keluasan 80 ekar. Permainan ini mempunyai peraturan tersendiri. Iaitu menewaskan pihak lawan menggunakan pellet yang merupakan peluru cat. Senapang yang digunakan pula dipanggil marker . Ianya menggunakan CO2 atau gas mampat seperti HPA dan nitrogen bertujuan menghasilkan kuasa tujahan setiap kali picu ditarik.
Sepintas lalu sejarah paintball
Ceritanya bermula pada tahun 1976 apabila Hayes Noel seorang broker saham dan Bob Gurnsey teruja apabila mendengar pengalaman rakan mereka Charles Gaines yang ke Afrika. Apa yang membuat mereka teruja ialah kisah Gaines memburu kerbau di sana.Percaya atau tidak
permainan paintball juga diinpirasi dan dipengaruhi dunia penulisan dan pada peringkat awal turut disertai
oleh mereka yang terlibat dalam dunia penulisan.Hayes Noel dan dan Bob Gurnsey mendapat inspirasi memperkenalkan permainan paintball
berdasarkan pengaruh sebuah cerita pendek “The Most Dangerous Game” (The Hounds of Zaroff) tulisan Richard Connellpada 19 Januari 1924.
Cerita pendek itu disiarkan dalam Collier's Weekly.Permainan paintball pertama diadakan pada tahun 1981. Antara pemain awal ialah seorang penulis
novel dan penulis di Sports Illustrated bernama Bob Jones, pemburu berpengalaman bernama Ronnie Simpskins, petani dari Alabama yang juga
pemburu badak bernama Jerome Gary dan beberapa pemain lain melibatkan 12 pemain keseluruhan...